Jom kenali Syarikat Ana Edar
Ana Edar Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1983. Ana Edar Sdn Bhd syarikat yang telah lama dan masih bertahan sehingga kini.
Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran
yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama
ANA yang halal, selamat dan bermutu.
Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu
menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi
dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan
berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang
bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Pelabgai usaha giat
dijalankan seja dahulu lagi bagi menjamin kualiti produk keluaran Ana
Edar Sdn. Bhd. Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah
pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan IMP yang
membuktikan proses penghasilan produk Ana Edar adalah Halalan Toyyiba,
Alhamdulillah.
Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi
ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta
rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd.
juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan
peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan
ummah sejagat.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda, sama ada sebagai stokkis, pengedar
atau pengguna untuk mewujudkan kerjasama erat ke arah mencapai
kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Mafhum firman Allah Taala, “…Dan
tolong menolonglah kamu dalam(mengerjakan) kebajikan(kebaikan) dan
taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan
permusuhan..” Al-Maidah: ayat 2.
“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami hasanah di dunia, dan
hasanah di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka…” Amin Ya
Rabbal Alamin. Semoga sekelumit usaha yang sama-sama kita bangunkan dan
usahakan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.
Ana Edar telah memilih Ustaz Haslin Baharim sebagai Duta Qaseh Gold
dalam membantu usaha untuk memperkasakan rangkaian bisnes Ana Edar.
Alhamdulillah, keterlibatan beliau secara langsung telah memberi impak
yang besar di samping gandaan usaha daripada Rakan Niaga, Stokis dan
juga Pengedar. Begitu juga usaha yang tidak pernah luntur di bahagian
R&D (Research & Development) Ana Edar.
Untuk maklumat lanjut boleh ke web site http://www.qaseh2u.com/ pelbagai maklumat anda boleh perolehi tentang Ana Ear Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment